Friday, April 16, 2010

ADIK DAN TADIKA

Kali pertama adik menjejakkan kaki ke tadika.  Ayah menghantar adik dan abang ke tadika yang sama di taman perumahan kami,Tadika Perpaduan Kampung Baru.  Adik gembira yang teramat.. ye la  nnt mesti dpt kwn baru tp kenapa tetiba  abang menangis lak. Kes haru ni.   Adik pun apa lg join d club la der.. adik bkn nangis tp dah sampai tahap meraung ..adik kan selalu tak nak kalah dgn abg..apa2 pun adik mesti lbh power drp abg.  

Keesokan dan seterusnya abang dah tak nangis lagi.  Napa???..   sbb mama pesan abg mesti jaga adik kat tadika.  Nampaknya abg akur dgn pesanan mama.  Anak soleh la katakan.  Tapi adik??????????????  Mesti you all tak caya kan...Adik buat tindakan over la pulak...Ada ke patut adik berlari keluar pagar ngalah kan ratu trek negara.  Adik kejar kereta ayah.  Kejar..kejar.. sampai ke destinasinya ..mcm lagu Dato Siti tu...  Adik sendiri tak tau kenapa adik buat macam tu.  Lama juga perkara ni berlanjutan. Dari sehari ke seminggu.  Dari seminggu pi ke sebulan.  Eeeeeeee brutalnya adik.  Anak sape la niiiii.  Kesian Cikgu Ani dan Cikgu Manja.  I'm sorrrrrryyyyyyy....Tkasih cikgu..saaaaaaaaaaa......yang cikgu..



 
Adik dah baik dah., dah masuk klas.  Tak de niat nak lari2 lg.  Adik belajar ngan kwn2 yg lain.  Selain belajar di dalam kelas, banyak aktiviti lain yang kami lakukan.  

Baca la seterusnya ye....jgn malas2 



PERKHEMAHAN
 

Kami menyertai perkhemahan di kawasan tadika.  Perkhemahan ini selama 2 hari 1 malam mcm nginap kat hotel lak.  Syarat pkhemahan, kami diwajibkan tidur di dalam khemah.  Bolehkah aku lalui ni semua. Can I.... Rasa2nya leh tak??  Belum cuba, belum tau.  Aku sdiri bdebar mnunggu mlm mjelang.  Dup dap dup dap..lajunya jantungku bgetar.


Adik bdiri kat depan  khemah yang telah dihias dan menang tempat kedua lagi tu beb.  


Jeng..jeng..jeng... Tak sangka adik boleh tidur semalaman dalam khemah bersama rakan-rakan.. tanpa mama, tanpa ayah, tanpa bantal busuk dan yg penting tanpa punting kopek.  Bangga jugak bila mama dan ayah puji keberaniananku.  Tapi..nak tau ... balik je ke rumah adik bergegas cari bantal busuk dan punting.  Ahhh.....rindu rasanya pada kedua2 barang yang amat berharga dalam hidupku ini.  Apa lg, adik lepaskan rindu mbaraku pd kedua2 brg ni..I miss you babe..muah..muah..muah...

PERTANDINGAN BOLA JARING DAN FUTSAL

        
 Adik nak sangat menyertai pertandingan ni.  Cikgu lak memuji kemahiran adik menjaringkan bola tapi adik ada gak kelemahan ... kelemahan adik sebab  tak tahu nak bergerak,asyik tunggu je bola tu datang ..tegak cam kayu je...tiang gol tu pun adakalanye bgoyang..tp adik tetap maintain tegak kat situ.....cam ne tuuuuu... sapa yg salah..adik ke ..tiang tuuu....sebab musabab tu jugak la adik tak terpilih.  Kalau cgu pilih adik mesti kes naya..... tak pa la , adik faham ,mesti cgu sukar nak buat keputusan singkirkan adik ari tu...tak pa la cgu , adik redha..

Abang Faiz lak main futsal sebagai keeper.  Nak tergelak adik.  Mana taknya, berdiri je abang depan pintu gol, gamaknya hampir2 tertutup pintu gol tu ngan badan abang yang besar tu.  Pasukan lawan tengok mesti takut.  Ayah pulak over ngalahkan jurulatih profesional, jaga kat tepi pintu gol.  Bila bola datang ayah tarik abang ikut arah bola...satu keeper depan pintu gol ..sorang lg kat belakang pintu gol tuu... Ayah, ayah..adik tau la , ayah syg abg, tp jgn la mcm tu sekali..... 


Abang Faiz hampir menutupi gawang gol mengerunkan pihak lawan.  Tapi akhirnya kalah gak, gol sendiri lak tu.  Harap kan kwn, kwn bolos kan pintu gol....Sian abang...


Adik tetap maintain gaya model walaupun kat tgh padang.  Habis berpuluh duit mama hari tu sbb aku asyik beli air dan makanan je.  Sian mama...


Abang Faiz bersama team futsalnya.  Sian korang...


PERTANDINGAN 1 MALAYSIA / HARI ANUGERAH
        
Kami menyertai pertandingan 1 Malaysia bersama tadika perpaduan Daerah Tampin.  Kami membawa tema senamtari 1 MALAYSIA.  Pada Majlis ini juga kami menerima 'ijazah' sempena tamat persekolahan di tadika.


Adik bersama rakan menunggu giliran  naik ke atas pentas.

Abang Faiz berdebar menanti giliran,dia takut nak menari sambil melompat kat atas pentas.  Takut pentas roboh katanya.


Adik beratur masa nak ambik sijil.
 

Abg pun beratur gak


Lega selepas menerima 'ijazah'hihhihhihh....


Abang Faiz yang kepenatan....







SAMBUTAN HARI RAYA DAN KEMERDEKAAN



Aku menyertai pertandingan melafazkan Rukunegara dan nyanyian Tanggal 31 tapi tak menang.  Bila la aku nak menang ni.  Macam mana nak menang, bila mama ajar aku cakap mama salah.  Aku je yang betul.  Aku buat ikut cara aku jerrrr.......padan muka tak menang.



 

Bergambar di rumah sebelum menyertai pertandingan.




Abang Faiz pulak sertai pertandingan pakaian beragam (unsur Patriotisme).  Abang pun tak menang sebab pemalu sangat.  Nak ambik gambar kat rumah pun malu,macam mana nak pergi bertanding.




  Nyanyian beramai-ramai lagu patriotik.