Nama adik Nur Amira Nadhirah bt Zaili. Adik dilahirkan pada 22 November 2004 bersamaan hari Khamis Jam 3.30 petang. Sebaik selamat keluar dari rahim mamaku, adik dimasukkan ke dalam akubeatur kerana adik perlukan jagaan rapi. Terpisahlah adik dari mama. Ah.........sedihnya, mana mamaku. mama..mama, jgn tinggalkan adik..adik takut mama...Aku ditempatkan di wad kanak-kanak manakala mama di wad bersalin. mama...mama.....jerit ku, adakah mereka di sekelingku faham akan jeritanku ini. Namun penderitaan adik tak lama, 4 jam kemudian mama datang untuk menyusuku. Adik tak perlu lagi duduk dalam akubuatur, adik tidur di pangkuan mama. Hangatnya adik rasakan belaianmu mama. Betapa bahagianya adik rasakan. Terima kasih Tuhan kerana memberi adik peluang menikmati kehidupan ini. Adik juga gembira apabila ayah, kakak, dan abang-abang datang melawat adik dan mama. Terpancar kegembiraan pada riak wajah mereka menyambut kehadiranku.
Dua hari selepas kelahiran, adik disahkan 'jaundice'. Sekali lagi adik dimasukkan ke dalam kaca besar yang dipancari sinaran ultra unggu. Adik diletakkan di situ tanpa seurat benang kecuali pampers.Eeeeeeeeeeeeeeee.. malunya adik. Di wad ini, mama tertarik dengan rakan seusia adik. Mama teruja melihat rakan adik yang baru berusia beberapa hari lahir telah memiliki sebatang gigi sebaik dilahirkan. Tetapi mama kasihan melihat ibunya yang sering menangis apabila bayinya menyusu. Ibu muda itu menangis kesakitan semasa bayinya menyusu. Tiga hari kemudian bayi itu dibawa ke klinik gigi untuk dicabut giginya. Kesian kwn baru adik tu..kecik2 dah kena cabut gigi..Petang itu pula adik dibenarkan keluar wad. Tak sabar rasanya hendak menjejakkan kaki ke rumah. Sampai je kat rumah abg ngan kakak2 semua dah tunggu...sakit pipi adik dia orang cubit2..eeeeeee tensionnya...jgn la..jgn la..sakit adik tau...ni syg ke tak ni..tak paham betul la...
Adik mula bertatih dan berjalan pada usia 9 bulan. Jiran-jiran mama memuji adik kerana telah dapat berjalan seawal usia 9 bulan. 22 November 2005 merupakan tahun pertama adik meraikan harijadi.
HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TOYOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU ADIK...
HAPPY BIRTHDAY TO YOU...
No comments:
Post a Comment